Bismillah…
Masih bernyawa dan menikmati hadiah-hadiah dari Allah setiap hari tanpa mengeluh. Menjalani hidup seadanya bersama semangat yg ditiup oleh mama+ayah..along+angah+mc miey. Ini sebuah catatan bersifat peribadi yg diselusuri dgn sebuah penceritaan yg bkn seagung cerita hidup Hamzah al-Fansuri..maupun sedahsyat ceritera Ibrahim Adham. Ini tentang penglipurlara jalanan yg picisan menulis untuk menyelerakkan serba-sedikit tekanan hidupnya. Tanpa berniat untuk menyuruh sesiapa pun yg tak berminat dtg menjengah blog ni.
Aku merangkak dlm setiap lorong & bab-bab hidup yg gelap, suram, terang, silau dan jugak yg menuntut org lain memegang ‘torch light’ untuk melihat jauh ke depan. Secara kurang rasmi aku adalah lepasan universiti dan menghitung hari melanjutkan pengajian kembali. Mengisi masa yg senggang…aku buat part time, tolong mana yg patut sementara kudrat masih mampu digerakkan.
Sejujurnya lagi…aku rasa aku belum cukup kuat nak tempuh satu lagi hidup yg baru bila sambung study nnt. Moga Dia masih lagi sudi bagi aku sekotak hadiah yg bernama ‘hidayah+restu’. Aamiiin.
Dah lama sgt tak buat kuiz kat quizilla.com. Dan bila soalan yg diletak tajuk-what kind of art are you? diaju….ni jawapan yg aku dapat.
You are like a photographer (laaa….mmg la aku bdk photo amatur pun haha). To you, every little thing can convey something because you’re so observant! (eh….mmg bukan ker setiap benda yg kita lihat boleh sampaikan sesuatu?). You don’t especially like taking real things and recreating them–you want to show things like they are. (aku tatau la nk cakap apa lagi dah…pernah rasa tak kena gelek ngan steamroll?? tepat jer statement ni kena kat jantung. Aiseyh). On the outside, you are popular and smart, as well as nerdy. You love science, and you feel more than you think. On the inside, you are hurt very easily but you are good at giving advice. (ye ker aku sgt senang emo? as in sensitive la kan hurt tu? eh..kalau tau diri seniri camne…tak la payah-payah aku buat quiz ni rasanya).
You don’t follow your own advice too often. (ye ker? kang kalau aku cakap tak jugak….mula la nnt terkeluar statement ‘masuk microwave tutup seniri’ plak). But you’re one of those people doomed to fall deeply in love. (hahahahahahahahaha…tang ni je aku dah tak tahan nk gelak. Sbb apa?? sbb aku tak percaya pon. Mana ntah dtg teori segini)
Aku sgt percaya pada ketentuan Dia dlm memilih yg sgt-sgt-sgt terbaik untuk hidup kita. Tak terkecuali aku ni. Dia yg dtg dgn jln takdir yg konon-kononnya kita pilih sendiri atas sebab-sebab kita sendiri jugak…tanpa kita sedar, Dia lah yg lead kita pada keputusan yg kita buat seharian. Apa yg kita nak belajar..Sapa kawan kita..sapa yg kita pilih sbg bakal suami kita, etc. (bakal suami??? scary lah plak terkeluar idea bakal suami tetiba ni hahaha).
Tersebut cerita paal bakal suami ni..aku akan mampu punya usaha sekuat mungkin dan doa apa yg jadi dlm hidup aku pasni tak sia-sia. Tak sia-sia untuk family, untuk agama, dan untuk mana-mana yg disekeliling aku yg menghargai existence aku. Buat ’sahabat+teman’ yg membesar bersama masa dan matang mengikut pengalaman selama 8 tahun….terima kasih. Walaupun di kejauhan..kita pernah ada + akan ada sesuatu yg tak mampu diucap dgn kosa kata plg indah sekalipun. Walaupun tak mungkin dia baca nota picisan aku dlm blog ni…tp kita sama-sama mampu doa yg terbaik untuk kita berlaku..kan syah??
Allah….aku hanya abid yang mencari jalan pulang menuju Mu tanpa sia-sia. Moga-moga persinggahan ini pernah + akan jadi bermakna dalam hidup seorang Nisa…maupun dlm hdup Khairun. Aku yg masih mencari titik-titik tarbiyah diri tanpa meninggi diri pada yang lain. Aku yg masih juga mengejar dunia untuk menjalani hidup di sini untuk dibawa bekalnya di sana kelak. Ampuni segala ketelanjuranku dlm menduakan Mu dlm soal-soal harianku.
Aku….hanya nisa dlm seorang khairun…..
Bukan yg maha hebat…bukan yg tinggi pekerti..bukan yg elok paras..bukan yg julang imannya. Hanya nisa….dlm seorang khairun
Sampai ketemu lagi…..salaam