Sunday, August 21, 2011

~ Catatan Ramadhan..Sebuah Harapan Tulus ~


Salaam
Ramadhan Kareem walaupun dah agak terlewat. Salam 21 Ramadhan.

Hari ini, hati kecil terdetik. Lebih tepat lagi, terlintas rasa nak minta sesuatu dari Allah. Secara peribadinya, sangat teringin nak dapat sekotak hidayah buat Syawal yang menjelang. Moga rasa kehambaan yang pernah singgah pada Dia akan sentiasa ada dalam jiwa sampai tiba saatnya Dia menjemput, saat nyawa di akhir kerongkong.


Clock is ticking and time waits for nobody. I personally experienced 4 deaths in a row recently. Even those people were not very close-related to me, I do feel the lost, till now. And yes, I told myself not to wallowing in self-pity too much, coz it seems bad. Yet, sometimes I still want to feel the lost of their death, just because it helps me to remember death more often. But, I can't help myself to think over and over regarding one thing.


Kata ayah, dia yg dah pergi...ceritanya dah habis. Tapi yang tersisa ialah kita yg tinggal, amalan kita, keimanan kita & ketaqwaan kita pada Dia. Sangatlah berharap utk diri sendiri, utk keluarga, utk sahabat, semua jiwa-jiwa yg bergelar Muslim. Moga-moga kita dipelihara, dilindungi dan pergi dlm keadaan Husnul Khatimah. Aamiiin.


We are what we think. How long we will be in this world? If our parents left...gone forever to Him. Have we prepared? Or else, If we will go forever to Him, have we prepared? Jujur, rasa ni tak pernah padam sejak mereka pergi menghadap Ilahi. Adakah kita yg tersisa kat dunia ni cukup persediaannya?


Dan hati kecil ni jugak terasa nak banggakan mama ayah seandainya mereka 'melangkah' dulu bertemu Kekasih Abadi, kami adik-beradik yg tersisa mampu berjalan di dunia ni dgn bekalan ilmu yg pernah dititipkan sepeninggalan mereka kat dunia ni. Moga sampai satu tahap di mana kami adik-beradik berdoa buat mama ayah, doa kami termaqbul. Moga doa-doa kami sedari sekarang termaqbul. Sbb Nabi pernah kata:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali 3 perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)


Mati adalah pasti. Mengikut perkiraan peribadi, perasaan macam ni agak lambat utk dirasa sbb Islam dah lama ada dlm diri, mungkin meresap dlm jiwa tu yg terlambat sikit. Sbb rasanya, diri sendiri dah berusia...menjangkau puluhan tahun hidup kat dunia. Dan baru sekarang terasa manisnya hidayah Dia turunkan sempena Ramadhan. Moga semua orang jugak sempat merasa hidayah dari Dia. Moga hidup mati kita dlm Iman & Islam. Taqwa & Amal. Aamiin.


Dan ini...ini adalah catatan Ramadhan 1432H seorang Khairun, yang cuba sebaik dan selayaknya menjadi seorang Nisa. Moga setiap anak-anak akan menjadi anak soleh/solehah. Moga kitalah orang yang beruntung yang disebut Allah..yang beroleh hidayah Dia. Moga Ramadhan yg tersisa itu ada berkahnya buat semua.

::: Catatan Ramadhan...
Sebuah Harapan Tulus :::

Monday, May 16, 2011

KENAPA DIA BERJAYA SEDANGKAN DIA TIDAK BERSOLAT

Bismillahirrahmaanirrahim~

Ini adalah pengalaman aku sendiri yg mendengar sebuah kisah yang diperdengarkan oleh seorang DJ di selangor.fm (DJ Zainal) pagi khamis beberapa minggu lalu masa dalam perjalanan pulang ke utara tanah air. Pagi tu, dia membacakan kisah seorang lelaki yang mempersoalkan kenapa REZEKI nya tidak semurah orang lain. DJ Zainal memulakan pembacaannya kisah lelaki A dengan begini :-


Lelaki A adalah pekerja biasa yang sudah berkahwin. Dia akan solat mengikut kesesuaian. Subuh memang akan dibuat kerana sekitar waktu subuh dia akan bergerak ke pejabat. Zuhur kadang-kadang solat dan kadang-kadang tidak. Asar sudah tentu tidak kerana sibuk dengan perjalanan balik ke rumah. Maghrib kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Isya' pula ikut kerajinan. Secara kesimpulannya, lelaki A mengaku dia akan solat 3/4 kali sahaja sekali. Tetapi tidak pernah meninggalkan solat jumaat.

Di sinilah perbandingan antara Lelaki A dan kawannya bermula. Lelaki A mempunyai seorang kawan (lelaki B) di tempat kerja yang meninggalkan solat 5 kali sehari & tidak pernah menunaikan solat jumaat. Lelaki A bukan menuduh tetapi memang sudah diketahui olehnya sedari mula kerana setiap kali selepas mengalas perut pada waktu tengahari pada hari Jumaat, kawannya akan bersembunyi di suatu tempat utk melelapkan matanya sehingga jam menginjak ke 2.45petang. Itulah rutinnya setiap jumaat.

Hendak dijadikan cerita; kawannya naik pangkat tetapi dia tidak. Sedangkan Lelaki A terlebih dahulu bekerja sebelum kawannya. Kawannya mampu berkereta mewah sedangkan dia tidak. Kawannya juga mampu membelikan perhiasan yang cantik buat isteri dan anak-anaknya tetapi tidak buat Lelaki A.


Hidup lelaki A hanya cukup makan sahaja. Tidak seperti kawannya yang mampu segala. Ketidakpuasan hatinya bermula di sini dan mula dipersoalkan kepada DJ Zainal.


Kenapa Tuhan beri segalanya kepada dia tapi tidak saya, abg zainal? Saya walaupun tidak solat 5 waktu penuh dalam sehari, tapi saya solat. Apatah lagi, saya tidak pernah meninggalkan solat jumaat setiap minggu.

Dia pula, sememangnya meninggalkan solat 5 waktu apatah lagi solat jumaat. Kenapa ya abg zainal tuhan tu sungguh tak adil pada saya? Kenapa nasib saya begini? Saya juga ingin jadi seperti kawan saya.

_________________________________

Dan DJ Zainal berbincang dgn seorang bijak pandai tentang isu ini. Jawab si bijak pandai, mungkin benar lelaki B tidak solat, tidak menunaikan fardhu Jumaat. Tetapi jangan lupa, dia hanya INGKAR pada Allah, tetapi dia TIDAK DERHAKA.

Mungkin lelaki A tidak ingkar dengan menunaikan solat (walaupun kadang-kadang), tetapi sebenarnya dia telah DERHAKA pada Allah apabila mengatakan tuhan itu tidak adil padanya. Dan mungkin juga dia sewenangnya telah menyalahkan tuhan utk apa yg terjadi padanya.


Ujar bijak pandai itu lagi, rezeki itu bukan hanya pada kereta mewah yang menjalar, kenaikan pangkat setiap tahun, perhiasan cantik-cantik, muka yang lawa, pakaian yang berharga. Pokoknya, rezeki itu bukan hanya pada material.

Jangan lupa, REZEKI itu JUGA ialah dengan mempunyai anak soleh/solehah, kesihatan yang berpanjangan, anak isteri yang menenangkan hati, keluarga bahagia, rumahtangga yang aman damai tanpa pergaduhan, cahaya mata yang bijak dalam pelajaran, ilmu yang dimanfaatkan dan sebagainya.

Maka, barangsiapa yang berfikir rezeki itu hanyalah material semata, amatlah malang sekali.

Ini adalah rumusan daripada apa yg saya dengar sendiri di radio pagi khamis beberapa lalu. Semoga ada manfaat & ikhtibar bersama.


Salaam....

Friday, August 20, 2010

...the moment you least expect it...




When you least expect it, some miracle could happen. Things you always wanted and looking forward in your life might not happen. Yet, things you won't expect, will somehow cross over with least possibilities in your mind. The differences between you and others could also distinguish how you see the world, how you perceive destiny over things you expecting in life. Do not let hope manipulates you when you already aware there are possibilities things won't work and it might turn to other way round.

When Allah said; hate and love something moderately, there will be strong reasons why it is quoted so. Something or someone you like, you love most turn to be you hate most. Same goes for something or someone you hate most could turn other way round. Vice versa could happen for any moment as Allah say and want it to be. Be thankful for everything you're having now. Whether you like it or not, He choose the best for you. Believe in it!

He will easily lead you to the suffer if the suffer suits you best this moment. Concept of redha should be apply altogether with syukur. People especially muslim blaming Allah for those suffers and disillusion they had in life. Did we realize how thankful suppose we are?

Cintai dan bencilah segalanya secara sederhana. Konsep syukur itu maha luas. Jangan kufur ni'mat allah. Kalau allah mahu kita sengsara, menderita dan tersungkur di kaki takdir..maka itulah yang kita dapat. Kalau itu yang terbaik untuk kita kenal kuasa Ilahi, mahu dilawankah takdir Allah?



Wednesday, January 27, 2010

rasa mati
















Secara dasarnya....manusia akan ada satu phase yg akan buat dia rasa cam nak hantuk kepala kat dinding secara tiba-tiba. Hah...camtu lah aku skarang ni. Takde apa yg tak kena...just because. Kalau tak ikut guide dari Dia yg sedia ada, mau nya aku tergelincir lagi lepas 'tragedi ngeri'.

Secara amnya pulak, a person might look as a calm, cool, collected, most confident, intriguing, tapi hakikatnya a person/manusia biasa-biasa seperti dlm kategori aku ni ada masa suram yg org tak tau bila masa kita bersedih hati.

Secara rawaknya lagi, manusia type aku ni didn't portrayed themselves as a real person in front of the public. Call it as a hypocrite or what, indeed sebenarnya manusia-manusia seperti kami lebih selesa membina-dinding-bata-merah-kukuh as in org lain tak la memandai-mandai melebihi limit & sewenang-wenangnya step into our life without knowing much about us. Membesar 4 tahun dengan sorrunding glamorous & people around you enjoying having fame in front of public supaya jadi spotlight memangla bukan fitrah aku...rasanya la.

Moral dr apa aku rasa:
Menurut ilmu aku yg cetek, tak lain yg membezakan kamu dgn yg lain hanyalah iman & taqwa..bullshit to other people who might think that being heard, being best among crowd, being outspoken & enjoying life to the fullest are the best part of life.

Mari menjadi diri sendiri!!

Sunday, June 07, 2009

kafarah.cinta.



"Kafarah Cinta Gugur"

Bintang temaram dengan ibadahnya
Bulan jadi silu dengan dosa alpanya
Tuntas aku jadi rawan
Di kepiluan yang mencengkam ubun hati

Aku ratib tasbih-tasbih cemara cinta semalam
Beralun sayu bersama kafarah-kafarah itu
Mana nak di temu lorong syahadah
Yang bersambut ucap taubat dari Dia

Persinggahan ini membawa bersama debu-debu duka dusta
Membawa bersama selaksa harapan
Membawa bersama setangkai doa
Bawa bersama aku yang baru

Aku yang hujungnya temui yang Abadi
Aku yang penghujungnya temui pintu taubat
Aku yang juga penghujungnya temui cakna cahaya cinta dr Dia
Setelah kafarah cinta gugur...gugur


Lirik - kay~n
Composer - sedang mencari
Siap - 6 Jun 09

amoi.pelat.buat.aku.terasa.

Bismillah....

Selepas pulang dari kerja hari khamis lepas,aku dengar radio bersama ank pak umaq no.2.
Radio yg di 'attach' bersama kereta vios hitam berkilau tu mengudarakan siaran tak berbayar pasal trafik & keadaaan lalu-lintas sekitar melaysia.

Aku yang dari kelana jaya menuju terus ke arah sg besi dari LDP-Federal-NPE. Aku pon khusyuk bersembang dgn ank pak umaq no.2 sambil buat-buat tak berapa dengar radio yg berkumandang. Radio sistem digital itu hanya buat peneman dlm kereta sebenarnya.

Dipanjangkan cerita....aku dah sampai kat 'fly over' selepas u-turn sebaik jer exit dari NPE.
Ditambah lagi perasa untuk cerita ni...ada plak 'accident' antara vios + kancil. Tapi bukan tujuan entri kali ni pasal accident yang tak meragut nyawa sesiapa tu. Sebenarnya pasal apa yg berkumandang kat radio.

Macam biasa....setiap hari stesen-stesen radio akan berlumba-lumba bagai 'ntahapahapa' untuk mengeluarkan statement paling tepat & semasa untuk pengguna jalan raya.

Aku jadi tak keruan atau lebih tepat tak tau untuk bereaksi bagaimana
dengan apa yg amoi tu cakap pasal 'traffic-thingy' ptg tu.

Tapi sejujurnya (aku rasa ni pengakuan plg ikhlas pernah aku buat secara terbuka,sumpah!)
aku tergelak bila amoi stesen radio tu bercakap tentang 'traffic info' dlm bahasa melaysia secara pelatnya.

(aku confirm ramai yg pernah dengar apek-apek & amoi-amoi yg pelat bercakap BM)
Anak pak umaq no.2 pon sama tergelak tapi sekejap jer.
Sebabnya, dia sedarkan aku dengan ayat koya dia...'eh tak baik laaa'.

Antara ayat yg amoi tu pelat ialah Bulatan Kewajipan, arah bertentangan dll.
Makanya.aku datang dengan idea secara tiba-tiba (yg aku sendiri tak tau berapa saat otak aku berfikir untuk idea tu).

"Anak pak umaq no.2, kalau seorang cina bercakap Bahasa Malaysia secara pelat...kita boleh terima tak?".
Sambil anak pak umaq no.2 gelak + senyum + tersengih...dia pon jawab,"boleh...boleh,sebab dia cina."

Aku sambung lagi soalan cepu-gangsa aku.
"Kalau orang melayu kita bercakap omputih mengikut accent Malaysia...kita boleh terima tak?"
Anak pak umaq no.2 pon berhenti tersengih macam kerang tak berapa cukup minyak wangi.

Dia pandang aku...aku pandang dia balik.
Gaya aku pandang dia balik tu ala-ala 'apa! mau gaduh'.

Anak pak umaq no.2 pon jawab kat aku, "Tak".
makanya, aku pon terasa benda yang sama.
Tak!!!!

Masa aku tulis entri ni....aku masih lagi terngiang-ngiang ayat yg amoi stesen radio tu cakap secara pelat dan aku bandingkan dengan beberapa kenalan yg bercakap omputih secara accent Malaysia/Melayu masa aku buat Mass Comm dulu.
Kejamkah kita????

Monday, June 01, 2009

.aku.rasa.


aku rasa macam kena jerut
kat perut..tak pun kat dalam jantung
rasa macam harammmm.....

aku malas fikir bebanyak
aku redah jer mana yg patut
aku taram je mana yg aku rasa perlu

dan.sekali lagi.aku.rasa jantung.aku.kena.jerut.malam.ni
sebab.dia

Sekian..................