Sunday, June 07, 2009

amoi.pelat.buat.aku.terasa.

Bismillah....

Selepas pulang dari kerja hari khamis lepas,aku dengar radio bersama ank pak umaq no.2.
Radio yg di 'attach' bersama kereta vios hitam berkilau tu mengudarakan siaran tak berbayar pasal trafik & keadaaan lalu-lintas sekitar melaysia.

Aku yang dari kelana jaya menuju terus ke arah sg besi dari LDP-Federal-NPE. Aku pon khusyuk bersembang dgn ank pak umaq no.2 sambil buat-buat tak berapa dengar radio yg berkumandang. Radio sistem digital itu hanya buat peneman dlm kereta sebenarnya.

Dipanjangkan cerita....aku dah sampai kat 'fly over' selepas u-turn sebaik jer exit dari NPE.
Ditambah lagi perasa untuk cerita ni...ada plak 'accident' antara vios + kancil. Tapi bukan tujuan entri kali ni pasal accident yang tak meragut nyawa sesiapa tu. Sebenarnya pasal apa yg berkumandang kat radio.

Macam biasa....setiap hari stesen-stesen radio akan berlumba-lumba bagai 'ntahapahapa' untuk mengeluarkan statement paling tepat & semasa untuk pengguna jalan raya.

Aku jadi tak keruan atau lebih tepat tak tau untuk bereaksi bagaimana
dengan apa yg amoi tu cakap pasal 'traffic-thingy' ptg tu.

Tapi sejujurnya (aku rasa ni pengakuan plg ikhlas pernah aku buat secara terbuka,sumpah!)
aku tergelak bila amoi stesen radio tu bercakap tentang 'traffic info' dlm bahasa melaysia secara pelatnya.

(aku confirm ramai yg pernah dengar apek-apek & amoi-amoi yg pelat bercakap BM)
Anak pak umaq no.2 pon sama tergelak tapi sekejap jer.
Sebabnya, dia sedarkan aku dengan ayat koya dia...'eh tak baik laaa'.

Antara ayat yg amoi tu pelat ialah Bulatan Kewajipan, arah bertentangan dll.
Makanya.aku datang dengan idea secara tiba-tiba (yg aku sendiri tak tau berapa saat otak aku berfikir untuk idea tu).

"Anak pak umaq no.2, kalau seorang cina bercakap Bahasa Malaysia secara pelat...kita boleh terima tak?".
Sambil anak pak umaq no.2 gelak + senyum + tersengih...dia pon jawab,"boleh...boleh,sebab dia cina."

Aku sambung lagi soalan cepu-gangsa aku.
"Kalau orang melayu kita bercakap omputih mengikut accent Malaysia...kita boleh terima tak?"
Anak pak umaq no.2 pon berhenti tersengih macam kerang tak berapa cukup minyak wangi.

Dia pandang aku...aku pandang dia balik.
Gaya aku pandang dia balik tu ala-ala 'apa! mau gaduh'.

Anak pak umaq no.2 pon jawab kat aku, "Tak".
makanya, aku pon terasa benda yang sama.
Tak!!!!

Masa aku tulis entri ni....aku masih lagi terngiang-ngiang ayat yg amoi stesen radio tu cakap secara pelat dan aku bandingkan dengan beberapa kenalan yg bercakap omputih secara accent Malaysia/Melayu masa aku buat Mass Comm dulu.
Kejamkah kita????

No comments: