Monday, May 16, 2011

KENAPA DIA BERJAYA SEDANGKAN DIA TIDAK BERSOLAT

Bismillahirrahmaanirrahim~

Ini adalah pengalaman aku sendiri yg mendengar sebuah kisah yang diperdengarkan oleh seorang DJ di selangor.fm (DJ Zainal) pagi khamis beberapa minggu lalu masa dalam perjalanan pulang ke utara tanah air. Pagi tu, dia membacakan kisah seorang lelaki yang mempersoalkan kenapa REZEKI nya tidak semurah orang lain. DJ Zainal memulakan pembacaannya kisah lelaki A dengan begini :-


Lelaki A adalah pekerja biasa yang sudah berkahwin. Dia akan solat mengikut kesesuaian. Subuh memang akan dibuat kerana sekitar waktu subuh dia akan bergerak ke pejabat. Zuhur kadang-kadang solat dan kadang-kadang tidak. Asar sudah tentu tidak kerana sibuk dengan perjalanan balik ke rumah. Maghrib kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Isya' pula ikut kerajinan. Secara kesimpulannya, lelaki A mengaku dia akan solat 3/4 kali sahaja sekali. Tetapi tidak pernah meninggalkan solat jumaat.

Di sinilah perbandingan antara Lelaki A dan kawannya bermula. Lelaki A mempunyai seorang kawan (lelaki B) di tempat kerja yang meninggalkan solat 5 kali sehari & tidak pernah menunaikan solat jumaat. Lelaki A bukan menuduh tetapi memang sudah diketahui olehnya sedari mula kerana setiap kali selepas mengalas perut pada waktu tengahari pada hari Jumaat, kawannya akan bersembunyi di suatu tempat utk melelapkan matanya sehingga jam menginjak ke 2.45petang. Itulah rutinnya setiap jumaat.

Hendak dijadikan cerita; kawannya naik pangkat tetapi dia tidak. Sedangkan Lelaki A terlebih dahulu bekerja sebelum kawannya. Kawannya mampu berkereta mewah sedangkan dia tidak. Kawannya juga mampu membelikan perhiasan yang cantik buat isteri dan anak-anaknya tetapi tidak buat Lelaki A.


Hidup lelaki A hanya cukup makan sahaja. Tidak seperti kawannya yang mampu segala. Ketidakpuasan hatinya bermula di sini dan mula dipersoalkan kepada DJ Zainal.


Kenapa Tuhan beri segalanya kepada dia tapi tidak saya, abg zainal? Saya walaupun tidak solat 5 waktu penuh dalam sehari, tapi saya solat. Apatah lagi, saya tidak pernah meninggalkan solat jumaat setiap minggu.

Dia pula, sememangnya meninggalkan solat 5 waktu apatah lagi solat jumaat. Kenapa ya abg zainal tuhan tu sungguh tak adil pada saya? Kenapa nasib saya begini? Saya juga ingin jadi seperti kawan saya.

_________________________________

Dan DJ Zainal berbincang dgn seorang bijak pandai tentang isu ini. Jawab si bijak pandai, mungkin benar lelaki B tidak solat, tidak menunaikan fardhu Jumaat. Tetapi jangan lupa, dia hanya INGKAR pada Allah, tetapi dia TIDAK DERHAKA.

Mungkin lelaki A tidak ingkar dengan menunaikan solat (walaupun kadang-kadang), tetapi sebenarnya dia telah DERHAKA pada Allah apabila mengatakan tuhan itu tidak adil padanya. Dan mungkin juga dia sewenangnya telah menyalahkan tuhan utk apa yg terjadi padanya.


Ujar bijak pandai itu lagi, rezeki itu bukan hanya pada kereta mewah yang menjalar, kenaikan pangkat setiap tahun, perhiasan cantik-cantik, muka yang lawa, pakaian yang berharga. Pokoknya, rezeki itu bukan hanya pada material.

Jangan lupa, REZEKI itu JUGA ialah dengan mempunyai anak soleh/solehah, kesihatan yang berpanjangan, anak isteri yang menenangkan hati, keluarga bahagia, rumahtangga yang aman damai tanpa pergaduhan, cahaya mata yang bijak dalam pelajaran, ilmu yang dimanfaatkan dan sebagainya.

Maka, barangsiapa yang berfikir rezeki itu hanyalah material semata, amatlah malang sekali.

Ini adalah rumusan daripada apa yg saya dengar sendiri di radio pagi khamis beberapa lalu. Semoga ada manfaat & ikhtibar bersama.


Salaam....

No comments: